Visi
Universiti unggul pemacu Bumiputera Profesional.
Misi
Melonjak keilmuan, adab dan kepakaran bumiputera agar berjiwa usahawan melalui kurikulum termanju, pembangunan bakat, penyelidikan berimpak, dan sinergi industri ke arah kemakmuran tanah air serta kesejahteraan sejagat.
Slogan
UiTM di Hatiku
Moto
Usaha, Takwa, Mulia
Objektif Pendidikan Universiti (UEO)
Objektif pendidikan UiTM bertujuan untuk melahirkan graduan yang:
mempunyai bakat dengan kecekapan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran praktikal dan sikap untuk memenuhi keperluan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah.
mempunyai norma, nilai serta pemahaman dalam menjalinkan kerjasama dengan komuniti dan industri untuk pembinaan serta pembangunan negara bercirikan modal sosial.
mempunyai bakat yang akan memungkinkan mobiliti sosial dalam meningkatkan kualiti hidup.


