News & Events

Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Prof./Tuan/Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk dan dipanjangkan emel daripada Pusat Jaringan Industri, Pejabat ICAN untuk tindakan YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya.

Perkara yang perlu dibuat untuk setiap permohonan geran KTP adalah seperti berikut:-

Semua permohonan mestilah disalurkan melalui Pejabat Pengarah Pusat Jaringan Industri (ICAN), Aras 20 Menara 2, Kompleks Kejuruteraan sebelum 5 Februari 2020.

Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan KTP-PSH Versi 6.0 sahaja.

Setiap dokumen yang dihantar ke Pusat Jaringan Industri, hendaklah dibukukan secara (Comb-binding) dengan kemas dan disertakan salinan Soft Copy. Salinan Softcopy juga boleh diemelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Setiap permohonan haruslah mengikuti syarat-syarat permohonan geran yang ditetapkan dan ianya boleh dirujuk dalam Garis Panduan KTP-PSH Versi 5.0.

Satu sesi taklimat dan perkongsian berkenaan permohonan Geran KTP akan diadakan dalam masa terdekat. Kepada pemohon yang berminat, sila maklumkan kehadiran kepada pihak ICAN sebelum 20/1/2020.

Borang permohonan dan Garis Panduan juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang berikut: ktc.usm.my

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor berikut:-

Pn Siti Ainun Mardiah : 03-55211650 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
En. Mohd Nazmi : 03-55211653 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pn Norbalillah : 03-55443915 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

YBhg. Prof/Tuan/Puan yang memohon geran KTP hendaklah menghantar satu salinan kepada Unit ICAN FKE untuk rekod.

Kerjasama YBhg.Prof./Tuan/Puan dalam perkara di atas diucapkan ribuan terima kasih.